Minggu, 2008 April 27

Tuhan tidak bertempat

SOALAN: Saya diberitahu bahawa Allah s.w.t. itu berada di atas Arasy atau di langit kerana Nabi dinaikkan ke langit apabila hendak menerima ibadat solat, dan amalan kita juga diangkatkan ke atas. Jadi Tuhan itu berada di atas dan tidakkah pendapat seperti ini, bererti Tuhan itu bertempat seperti kita pula. Adakah benar pendapat seperti itu atau bagaimana? - Murni dan Majdi. JAWAPAN: I'tiqad yang sebenar dan selamat menurut ahli sunah itu, tidak boleh kita mengatakan Allah itu bertempat dan terikat dengan masa atau berpihak, beranggota seperti kita. Ini kerana berdalilkan kepada ayat yang muhkam dari al-Quran yang mengatakan Allah itu, tidak menyerupai sesuatu (maksud ayat 11 dari surah Syura dan ayat 4 dari surah al-Ikhlas). Adapun ayat yang mengatakan Allah bersemayam atas Arasy itu, atau naik kepada-Nya perkataan yang baik-baik itu, adalah dari ayat mutasyabihat yang mana ayat tersebut tidak boleh difaham secara zahir yang tidak layak dengan kebesaran-Nya mengikut mazhab ahli sunah kerana firman Allah bermaksud: Allah menurunkan ke atasmu kitab (al-Quran) yang terdapat daripadanya ayat muhkamat yang merupakan ibu (tempat kembali bagi ayat yang mutasyabih) dan ada juga ayat-ayat lain yang berbentuk mutasyabihat. Maka orang yang ada dalam hatinya penyakit zaigh (songsang dari jalan petunjuk kebenaran) akan terus mengikut apa yang kesamaran dari ayat mutasyabihat tadi kerana mencari fitnah (terutama kalangan orang awam) dan mencari takwilan sahaja, (sedangkan tidak ada siapa yang tahu takwilan itu selain Allah) manakala orang yang rasikh dalam ilmunya (para ulama) akan berkata kami beriman dengannya (segala ayat-Nya) semuanya dari Tuhan kami (al-Imran ayat 7). Mereka terus mengembalikan ayat mutasyabih tadi, kepada ayat yang muhkamat itu, (kepada induknya), dengan mentafsirkannya sesuai dengan makna ayat yang muhkam tadi seperti dikatakannya bahawa, Maha Suci dan Maha Tinggi Allah itu, dari apa yang mereka (sifatkan) sekutukan itu (menyerupai makhluk-Nya) (maksud ayat 68 dari surah al-Qasas dan banyak ayat lain lagi). Jadi segala ayat atau hadis yang pada zahirnya nampak bersamaan Allah dengan makhluk yang baru ini seperti bertempat, beranggota, dan sebagainya semuanya, dikembalikan kepada ayat-ayat muhkamat yang menjadi induknya (ibunya) tadi. Sebab itu ulama khalaf akan mengatakan bahawa Allah itu, Maha Berkuasa bila terdapat ayat kesamaran seperti tangan. Atau rahmat dan ilmu-Nya, bila ada ayat yang menggambarkan Allah itu hampir dengan hamba-Nya. Atau kuasa pemerintahan-Nya bila terdapat ayat yang mengatakan Allah itu Tuhan di langit dan Tuhan di bumi maksud firman-Nya pada ayat 84 surah Zukhruf. Ini semua sesuai dengan firman-Nya bermaksud: bahawa Allah Amat Berkuasa atas segala-galanya (al-Baqarah ayat 259) dan Dia bersama kamu di mana kamu berada (surah al-Hadid ayat 4) dan banyak contoh lain lagi. Punca perselisihan adalah kerana mereka tidak mahu menerima ada kalam yang majaz atau berbentuk balaghah dalam al-Quran seperti Imam Ibnu Taimiah yang menolak percakapan berbentuk majaz tasybih dan tamsil dan sebagainya, sedangkan al-Quran itu diturunkan kepada manusia yang penuh mengandungi kalam majazi, tasybih dan balaghi. Mazhab khalaf adalah lebih sesuai dengan orang awam lagi mudah difahami supaya manusia benar-benar dapat mengenali Tuhan-Nya dan tidak akan menyekutukan-Nya atau menyerupai-Nya dengan sesuatu yang lain. Ketahuilah bahawa mereka sendiri sudah terperangkap dengan apa yang mereka takuti dan menuduh kita selama ini (syirik kepada Allah). Ingatlah bahawa tidak ada yang salahnya kalau kita tafsirkan mana-mana ayat mutasyabih itu dengan ayat muhkam malah kita diajar supaya bertindak, demikian dalam ayat 7 surah al-Imran tadi. Kalau mereka kata kita cuba mentakwilkan ayat- ayat Allah, kita jawab: tafsir kita akan ayat mutasyabih dengan yang muhkam tadi adalah disuruh dan dibenarkan. malahan itulah cara orang yang beriman kepada-Nya. Mereka tidak akan sesat selama-lamanya selagi berpegang dengan kitab Allah. Kita hairan kenapa di tempat lain mereka bermati-matian mengatakan ada pula dalam al-Quran atau hadis itu kalam majaz, balaghah dan sebagainya. Contohnya bila mengenai talkin orang mati mereka pakaikan perkataan orang mati (mautakum) itu, kepada orang yang sakit tenat dan hampir mati pula. Kaedah apa yang mereka pakai bukankah, itulah majaz namanya. Inilah tanda kecelaruan dan fitnah dari penyakit zaigh yang lahir bila kita bersikap sombong tidak mahu bertanyakan ulama. Nanti takut taqlid kepada mereka pula, kerana mereka mahu ikut Allah dan Rasul-Nya sahaja. Sedangkan Allah mengarah kita supaya bertanya dan mengikut ulama (surah al-Nahl ayat-43) kerana mereka (ulama) mengikut Allah dan Rasul-Nya. Wallahualam. Hubungan tanpa batas SOALAN: Di pejabat-pejabat sekarang, kita lihat hubungan antara pekerja wanita dan lelaki melampaui batas agama. Ada di antara mereka yang sudah berkahwin. Jadi saya ingin mengetahui apakah hukumnya jika terlalu mesra dengan pekerja wanita (sudah berkahwin) dan jika kita tersasul apakah kita perlu memohon maaf daripada suaminya dahulu barulah Allah pekenankan permohonan maaf kita itu? - Abu Hassan Ghazali, Parit Buntar, Perak. JAWAPAN: Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita amatlah tidak digalakkan dalam agama kita. Apa lagi kalau berduaan tanpa ditemani mahramnya atau orang lain. Terlalu mudah untuk berlaku fitnah, melainkan pergaulan yang berlaku sesama kawan sekerja dan dengan tujuan baik yang dibenarkan oleh agama atau dalam kelas pengajian agama. Walau bagaimanapun peraturan dan adab pergaulan dalam Islam itu hendaklah dipatuhi seperti pakaian wanita itu perlulah menutup aurat dan suara wanita tersebut juga hendaklah dijaga dan jangan melunakkannya sekali-kali. Dalam hal ini Allah berfirman bermaksud: jangan merendahkan (menggiurkan suara) percakapan nanti tergoda mereka yang ada penyakit dalam hatinya (malahan) ucaplah perkataan yang baik (dengan suara yang tidak menawan). (surah al-Ahzab ayat 32). Jadi pergaulan di pejabat atau di tempat belajar hari ini tidaklah dilarang kerana wanita kita hari ini sudah tahu menjaga adab- adab tersebut dan diharapkan ianya selaras dengan ajaran agama. Jangan pula sesiapa yang mengambil kesempatan dari kelonggaran ini. Sekiranya niat jahat itu terselit di hati maka segala kepatuhan terhadap peraturan tadi sudah tidak dapat diambil kira lagi. Dan pastilah mereka yang terlanjur dengan wanita yang bersuami itu perlu mendapat kemaafan daripada suami wanita tersebut. Sekiranya kemaafan suami tidak didapati di dunia atau di akhirat pastilah dosa tersebut ditanggungnya dan akan mendapat balasan yang setimpal. Dosa yang terlibat dengan manusia itu disyaratkan mendapat kemaafan daripada manusia tersebut terlebih dahulu, berlainan dosa yang bersangkutan dengan hak Allah sahaja. Bagi yang benar-benar menyesal dan insaf dengan bertaubat yang nasuha terhadap kesalahan dosa tersebut, besar harapan akan mendapat keampunan jika dikehendaki Allah s.w.t. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: Allah tidak akan mengampuni dosa syirik terhadap-Nya dan akan mengampuni dosa lain bagi mereka yang dikehendaki-Nya sahaja (surah an-Nisaa ayat 116). Iaitu (yang benar-benar bertaubat dengan penuh penyesalan kepada-Nya). Wallahualam.

Rabu, 2008 April 23

Nur Selawat

Selasa, 2008 April 22

WAS-WAS SEBELUM SOLAT

Soalan:

assalamualaikum. biasanya, sebelum solat saya akan membuang air kecil terlebih dahulu dan seterusnya mengambil wuduk. saya sering berasa was-was yang air kencing terkeluar semasa solat menyebabkan saya terpaksa berwuduk dan bersolat berulang kali walaupun saya telah berdehem selepas membuang air. apakah hukumnya dan bagaimana saya mengatasi masalah ini?.

Jawapan: WaalaikumussalamPerasaan was-was adalah daripada gangguan syaitan, oleh kerana saudari yakin bahawa air kencing tersebut masih lagi keluar dan terpaksa mengambil wuduk, saudari dinasihatkan supaya memakai lampin pakai buang ketika solat tersebut dan sebaik-baiknya berjumpa dengan doktor pakar untuk mengubati penyakit oleh saudari ini.Hukum solat yang telah dikerjakan ketika air kencing masih lagi keluar ketika solat adalah tidak sah dan dikehendaki qada' solat tersebut..

solat jamak

Soalan: Benarkah pendapat yang menyatakan seseorang yang bermusafir melebihi 2 marhala layak menjamak/qasarkan solah mereka pada 3 hari yang pertama ? Pohon maklumkan dalilnya sekali. Terima kasih.

Jawapan: Islam mengharuskan bagi orang yang bernusafir menjamak dan menqasarkan sembahyang fardhu 5 waktu. Dalilnya, Firman Allah yang bermaksud, "Dan apabila kamu musafir di muka bumi maka kamu tidaklah berdosa menqasarkan sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang kafir". Surah An.Nisa' : Ayat 101.Hadis Nabi yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah suka jika dilakukan rukhsah-rukhsahNya sebagaimana Dia suka dilakukan azimah-azimahNya".Hadis Riwayat MuslimCara-cara sembahyang jamak ialah seperti berikut :Sembahyang jamak ialah menghimpunkan dua solat dalam satu waktu. Solat jamak terbahagi kepada dua iaitu 'jamak Taqdim' dan 'Jamak Ta'khir'"Jamak Taqdim" ialah mengerjakan sembahyang dalam waktu yang sebelumnya misalnya sembahyang Asar dilakukan pada waktu Zuhur sesudah mengerjakan sembahyang Zuhur. "Jamak Ta'khir" pula ialah menjamakkan sembahyang dalam waktu sesudahnya, misalnya sembahyang Zuhur dikerjakan sesudah sembahyang Asar atau sembahyang Maghrib sesudah Isyak.Adapun yang boleh dijamakkan ialah sembahyang siang sama sembahyang siang seperti Zuhur dan Asar dan sembahyang malam sama sembahyang malam seperti Maghrib dan Isyak. Tidak boleh menjamakkan sembahyang siang dengan sembahyang malam begitu juga sebaliknya.Manakala sembahyang Subuh tidak boleh dijamakkan. Cara menjamakkan sembahyang seperti yang dinyatakan di atas umpamanya dikerjakan sembahyang Zuhur di waktu Asar atau sebaliknya. Begitu pula dengan sembahyang Maghrib dikerjakan pada waktu Isyak atau sebaliknya. Tetapi sembahyang Asar tidak boleh dijamakkan pada sembahyang Maghrib kerana itu bukan tempatnya.Syarat Jamak Taqdim:1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama.2. Tertib ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan dan mengakhirkan mana yang patut diakhirkan. Maksudnya dikerjakan lebih dahulu sembahyang yang pertama kemudian yang kedua.3. Berturut-turutan ertinya setelah selesai mengerjakan sembahyang yang pertama, hendaklah segera dikerjakan sembahyang yang kedua tanpa diselangi / dibatas oleh sesuatu perbuatan dan perkataan lain melainkan untuk berwudhuk kembali.Sembahyang qasar pula ialah menendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat iaitu untuk solat zohor, asar dan isyak sahaja.Syarat jamak ta'khir:1. Meniatkan jamak di waktu yang pertama. Jika tidak, tidak sah jamaknya.2. Lanjut perjalanan hingga akhir waktu kedua, andaikata ia sedang berjalan...

Mari Bertarannum Musim Ke-2: Episod 1

Ustaz Kazim Ellias - Solat Malam & Persoalan Bida'ah

Jumat, 2008 April 18

MUFTI PERAK Dr. Hj. Harussani -Penjelasan Isu Murtad

MUFTI PERAK Dr Hj.Harussani - Penjelasan IFC

Ismail Kamus - Adab Bersahabat

Kamis, 2008 April 17

Panduan Menghafaz Al-Quran

Panduan Menghafaz Al-Quran Sebelum Menghafal 1. Mempunyai azam dan minat untuk menghafal 2. Memilih waktu yang sesuai untuk menghafal. 3. Memilih tempat yang sesuai untuk menghafal. 4. Berada dalam keadaan tenang. 5. Kosongkan fikiran sebelum menghafal. 6. Pilih sebuah jenis mashaf dan jangan ubah dengan jenis mashaf lain. 7. Beristighfar, membaca selawat dan doa sebelum mula menghafal. 8. Membaca ayat 164 surah Al-Baqarah sebelum mula menghafal. Teknik Menghafal A. Teknik "Chunking" 1.Memisah-misahkan sepotong ayat yang panjang kepada beberapa bahagian yang sesuai mengikut arahan guru. 2. Memisah-misahkan selembar mukasurat kepada beberapa bahagian (2 atau 3 bahagian) yang sesuai. 3. Memisah-misahkan surah kepada beberapa bahagian, contohnya mengikut pertukaran cerita. 4. Memisah-misahkan juz kepada beberapa bahagian mengikut surah, hizib, rubu', cerita dan sebagainya. 5. Memisah-misahkan Al-Qur'an kepada kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang 1. Membaca sepotong atau sebahagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mula menghafalnya. 2. Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya. 3. Selepas menghafal setiap setengah mukasurat, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bahagian yang kedua. 4. Selepas menghafal satu mukasurat diulang beberapa kali sebelum diteruskan ke muka surat seterusnya. 5. Sebelum menghafal bahagian Al-Qur'an seterusnya, harus diulang bahagian yang sebelumnya. C. Teknik Tumpu dan Ingat 1. Menumpukan penglihatan kepada ayat, mukasurat dan lebaran. 2. Pejamkan mata dan cuba melihatnya dengan minda. 3. Sekiranya masih lagi kabur, buka mata dan tumpukan kembali kepada mashaf. 4. Ulanglah sehingga dapat melihat ayat atau mukasurat tersebut dengan mata tertutup. D. Teknik Menghafal Dengan Seorang Teman 1. Pilih seorang teman yang sama minat. 2. Orang yang pertama membaca dengan disemak oleh orang yang kedua. 3. Orang yang kedua membaca dengan disemak oleh orang yang pertama. 4. Saling menebuk ayat antara satu sama lain. E. Teknik Mendengar Kaset 1. Pilih seorang qari' yang baik bagi seluruh Al-Qur'an atau beberapa qari' bagi surah-surah tertentu. 2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali. 3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari' tersebut sehingga terpahat di fikiran. 4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari' tersebut. 5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur'an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan. F. Teknik Merakamkan Suara 1. Rakamkan bacaan kita di dalam kaset dan dengar semula untuk memastikan bacaan dan hafalan yang betul. 2. Bagi kanak-kanak, rakamkan bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut. Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalnya. G. Teknik Menulis 1. Tulis kembali mukasurat yang telah dihafal. 2. Kemudian semak semula dengan mashaf. 3. Menulis setiap ayat pertama awal mukasurat, atau setiap rubu', atau setiap juz, atau setiap surah dalam satu helai kertas. H. Teknik "Pointers" dan "Keyword" 1. Buat beberapa kotak. 2. Setiap kotak merupakan satu mukasurat. 3. Catit dalam kotak tersebut beberapa perkataan yang menjadi keyword bagi mukasurat tersebut. 4. Merenung dan membayangkan kotak tersebut dalam ingatan. I. Teknik Menghafal Sebelum Tidur 1. Membaca atau menghafal beberapa potong ayat sebelum tidur. 2. Semasa melelapkan mata, dengar kaset bacaan ayat-ayat tersebut dan bayangkan posisi-nya di minda kita. 3. Dengar kembali dari awal surah, juz atau hizib, atau mana-mana yang sesuai sehingga ayat yang telah dihafal. Cuba bayangkan ayat-ayat yang didengar dari kaset di minda kita. J. Teknik "Mindmaping" 1. Bagi setiap Juz, buat 8 cabang, setiap cabang satu rubu'. Tulis ayat pertama rubu' tersebut dicabangnya. 2. Bagi setiap surah, buat cabang bagi setiap pertukaran cerita atau rubu'. 3. Bagi setiap 10 juz, buat cabang bagi setiap juz, dan cabang yang lebih kecil bagi rubu'. Mengekalkan Hafalan 1. Jauhi maksiat mata, maksiat telinga dan maksiat hati. 2. Banyak berdoa, terutama waktu mustajab doa seperti ketika berbuka puasa, ketika belayar, selepas azan dan lain-lain lagi. 3. Kerjakan solat hajat kepada Allah. 4. Kerjakan solat Taqwiyatul hifz. 5. Menetapkan kadar bacaan setiap hari, contohnya, selembar, setengah juz, 1 juz dan sebagainya. 6. Membaca pada waktu pagi dan mengulangnya pada waktu malam. 7. Jangan membaca ketika sedang bosan, marah atau ngantuk. 8. Menulis setiap ayat yang mutashabih. Dipetik daripada website Pusat Tahfiz Al-Quran Singapura Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada penulisnya.